Monday, 11 August 2014

KEISTIMEWAAN DAN KHASIAT KUNDUR


KEISTIMEWAAN DAN KHASIAT KUNDUR 




Benincasa hispida yang dikenali sebagai buah kundur mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri ia juga mempunyai vitamin A,B dan C. Antara kelebihannya adalah dapat menghilangkan dahaga dan mampu menyejukkan badan untuk pesakit demam.  Selain itu biji dan minyak biji kundur boleh digunakan untuk membuang cacing malah biji kundur juga dapat merawat masalah kulit. Di Filipina, sirap dari buah kundur segar dijadikan sebagai ubat bagi mengatasi masalah pernafasan dan paru-paru. Masyarakat Melayu menggemari buah kundur bagi menghilangkan dahaga dan sebagai perangsang membuang air kecil.
Air buah kundur itu juga boleh digunakan sebagai pencuci mata yang merah dan bengkak. Daun dan buah kundur dapat digunakan untuk mengurangkan panas dengan cara memupuk di dahi orang yang demam panas atau yang mengalami sawan. Pucuk dan daun muda kundur boleh dimakan sebagai sayuran segar. Biji kundur dikeringkan dan diproses untuk dijadikan makanan ringan dipanggil kuaci.
Kulit, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas dan dapat menyejukkan badan, buasir, lebam atau bengkak, sakit usus, sakit buah pinggang, baik untuk sistem penghadaman serta mereka yang menghidapi sakit kencing manis dan lemah limpa.
Abu biji kundur digunakan untuk merawat penyakit gonorea manakala abu kulit buahnya dapat mengubat luka. Pada masa dahulu, lapisan luar kulit buah kundur digunakan untuk membuat lilin.

 
           


                                                      BUAH KUNDUR

Sumber rujukkan : : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0312&sec=Agrobiz&pg=ag_03.htm#ixzz3A0YZNCHY
© Utusan Melayu (M) Bhd


Sunday, 10 August 2014

TEKNIK PENANAMAN BENIH GETAH POLIBEG



TEKNIK PENANAMAN BENIH GETAH POLIBEG
 

MENGGALI LUBANG
Tumbesaran pokok getah yang baik bermula daripada lubang tanaman yang sesuai.
1.       Gali lubang di tempat yang akan ditanam dengan pokok getah. Lokasi ini telah ditentukan semasa operasi pembarisan lading dilakukan. Tempoh di antara penggalian lubang dan menanammestilah sesuai dan tidaklah terlalu awal untuk mengelakkan ditimbus kembali ketika hujan.
2.        Lubang tanaman perlulah digali sekurang-kurangnya 45sm x 45sm x 45sm.
3.       Tanah yang digali delitakkan di tepi lubang dan asingkan tanah tersebut. Lapisan tanah atas dan lapisan tanah bawah diletakakn berasingan.
4.        Gaulakan tanah dengan 113 gram baja debu fosfat asli seperti CIRP


Cara menggali lubang tanaman

 
 paras penanaman benih getah polibeg



MENANAM ANAK GETAH
Teknik penanaman yang betul akan menghasilkan peratus kejayaan pokok hidup yang tinggi dan dapat mengurangkan kerja penyulaman.
1.       Benih polibeg perlu ditanam hingga paras satu pusaran daun.
2.       Potong bawah polibeg untuk mendedahkan tanahnya dan dirikan polibeg ditengah-tengah lubang.
3.       Potong bahagian tepi polibeg secara menegak.
4.       Kambus separuh lubang dengan tanah atas dan tarikkan plastik polibeg keluar dari lubang dengan cermat.
5.       Kambus lubang dengan tanah sehingga penuh dan padatkan tanah dibahagian tebi lubang sahaja supaya akar anak pokok tidak rosak.