|
PENDAHULUAN
Pengurusan tapak semaian yang baik amat
diperlukan bagi menyediakan bahan tanaman yang berkualiti tinggi. Bahan tanaman
yang baik akan diperolehi jika kaedah pengurusan tapak semaian dilakukan dengan
betul dan mengikut prosedur yang ditentukan serta perancangan yang rapi. Ini
termasuk pemilihan kawasan yang sesuai, pembinaan infrastrutur dan reka bentuk
yang betul, dan yang paling penting adalah pengurusan dalam semua aspek yang
berkaitan di tapak semaian.
KEPENTINGAN TAPAK SEMAIAN.
1.
Dapat memilih anak benih yang
sihat dan baik
2.
Dapat menentukan kadar kematian
anak benih dan penggantian dapat dilakukan
3.
Pertumbuhan anak benih yang
sekata
4.
Dapat mengurangkan risiko yang tidak diketahui pada peringkat awal
pertumbuhan pokok.
CARA-CARA MENYEMAI
1.
Masukkan tanah campuran kedalam
polibeg dengan nisbah 3:1:1
2.
Buat siraman pada tanah sebelum
menyemai supaya tanah lembut
3.
Penyemaian handaklah dilakukan
segera selepas terima biji benih
4.
Biji benih mestilah disemai
dengan kedalaman 1.8cm dibawah permukaan tanah
5.
Jangan tanam biji benih terlalu
dalam
6.
Biji benih tidak boleh ditanam
secara terbalik. Pastikan pucuk di bahagiab atas dan akar dibahagiab bawah.
Bahagian akar lebih keras dan bewarna gelap coklat manakala bahagian pucuk
lembut dan bewarna terang keputihan
7.
Untuk menyemai korek lubang
sedalam 1.8cm dan lebarnya 2.5cm.
8.
Buat sekali lagi siraman
selepas menyemai biji benih.
Cara menyemai biji benih didalam
polibeg
polibeg yang telah diletakkan tanah campuran
No comments:
Post a Comment